PENGENALAN
PENGENALAN
SEJARAH PENUBUHAN
Madrasah mula dibangunkan pada tahun 1984 dan dua blok bangunan telah siap dibina pada akhir tahun 1985. Perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 85 ribu. Pembinaan ini dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Sumber kewangan diperoleh daripada kutipan derma para peneroka dan sumbangan ikhlas daripada pihak FELDA sebanyak (RM 11 000). Sesi Persekolahan telah bermula pada tahun 1986. Pelajar yang bersekolah di sekolah ini terdiri daripada penduduk dari Kemahang Satu, Kemahang Dua, Kemahang Tiga dan lain-lain daerah yang berdekatan. Seterusnya pihak sekolah telah menambah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi 14 bilik darjah. dimana setiap tingkatan mempunyai lebih kurang 2 bilik darjah. Perbelanjaan untuk bangunan baharu ini dianggarkan bernilai RM168 ribu. Perbelanjaan ini juga hasil daripada kutipan derma para peneroka dan sumbangan FELDA (RM 30 000). Sekolah ini mula ditubuhkan dengan perletakkan batu asas oleh Y.A.B Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 23 Oktober 1991. Dan akhir sekali pembinaan sekolah ini telah siap sepenuhnya pada September 1994.
MOTO
"ILMU PANDUAN HIDUP"
VISI
SMU (A) AL ANSORIAH CEMERLANG AKADEMIK,KOKURIKULUM DAN SAHSIAH 2020
MISI
MEMBANGUN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI BAGI MEREALISASIKAN SEBUAH SEKOLAH YANG CEMERLANG SELARI DENGAN ASPIRASI YAYASAN ISLAM KELANTAN .
MATLAMAT
- MENYEDIAKAN RUANG BAGI MURID UNTUK MENDAPATKAN ILMU DAN PENGETAHUAN.
- MEMPAMERKAN SEGALA INFORMASI SEKOLAH KEPADA MURID,WARGA SEKOLAH DAN MASYARAKAT .
- MENYEDIAKAN RUANG BAGI MURID BERAKTIVITI DAN MENIMBA PENGALAMAN.
Comments
Post a Comment